KHIDMAT PELANGGAN
Pelanggan diminta untuk membaca dengan baik terma dan syarat sebelum membeli mana-mana pakej daripada Tawfir Travel & Tours SDN BHD. Setelah pelanggan membuat pembayaran deposit pada mana-mana pakej, pelanggan sudah bersetuju dan terikat dengan syarat dan terma yang Tawfir Travel & Tours SDN BHD gariskan.
SYARAT UMUM
Deposit sebanyak RM1000 per pax dan per pakej yang dibeli. Bayaran baki atau penuh perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucutan deposit.
Tawfir Travel & Tours SDN BHD menerima pembayaran secara tunai, bank in, cek tunai. (sila serahkan bukti pembayaran kepada pihak syarikat jika membuat pembayaran secara online). Resit bayaran hendaklah disimpan bagi tujuan rujukan dan bukti pembayaran.
Tawfir Travel & Tours SDN BHD berhak menukar jenis dan sektor penerbangan (jika perlu) dari masa ke semasa. Perubahan penginapan juga pihak Tawfir Travel & Tours SDN BHD berhak menukar kepada yang setaraf (jika perlu). Jadual perjalanan yang diberikan merupakan jadual perjalanan yang umum sahaja. Jika terdapat sebarang perubahan dari segi masa dan tempat, pihak kami akan memaklumkan kemudian. Tawfir Travel & Tours SDN BHD berhak menjadualkan semuala atau menukar atau melangkau tempat lawatan bergantung kepada keadaan semasa, sama ada dari segi cuaca, kesesakan lalu lintas, perkara-perkara yang berlaku diluar jangkaan dan sebarang perayaan semasa lawatan. Kelewatan para pelanggan juga boleh mengakibatkan perubahan jadual perjalanan.
a) Jadual Pembatalan
b) Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam jadual fasal 3(a). (Catatan: Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada Syarat Syarikat Penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindah laluannya. Sebarang pemindaan kepada laluan dan pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung).
Syarikat berhak membatalkan pakej jika berlaku bencana alam, mogok, perang, rusuhan atau atas
arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
a) Passport : Dokumen perjalanan yang diiktiraf sah bagi tempoh sekurang kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan ke negara asal.
b) Senaraihitam : Setiap pelanggan yang menyertai pakej perlu memastikan tidak mempunyai sebarang senaraihitam berkaitan dari segi percukaian, pinjaman dan seumpamanya, untuk memastikan semua peserta tidak mengalami masalah dengan imigresen yang boleh menyebabkan pelanggan ketinggalan penerbangan.
c) Visa : Bagi negara-negara yang memerlukan sahaja.
d) Vaksin : Bagi negara-negara yang memerlukan sahaja.
e) Caj : Caj perkhidmatan dan visa hendaklah ditanggung oleh pelanggan
f) Penolakan : Syarikat tidak bertanggungjawab atau menanggung apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti rugi atau bayaran balik tambang pakej jika mana-mana pelanggan tidak dibenarkan masuk oleh pihak imigresen atas sebab-sebab tertentu.
Harga yang dipamerkan ialah harga semasa. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan
kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan, kadar hotel, kadar pertukaran matawang,
cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat syarikat
memberitahu kepada pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi
yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual perjalanan, syarikat
akan mengira kos tambahan yang terlibat dan pelanggan perlu membayar kos tambahan tersebut.
i. HARGA PAKEJ TERMASUK:
✓ Tiket kapal terbang pergi dan balik termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terlibat
✓ Penginapan hotel (berdasarkan pemilihan pakej)
✓ Harga kanak-kanak atau bayi bergantung pada pakej
✓ Makan & Minum seperti yang dinyatakan di dalam pakej
✓ Pengangkutan
✓ Tempat-tempat lawatan seperti yang dinyatakan di dalam pakej
ii. HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
✓ Kos rawatan, ubat-ubatan dan sebarang perbelanjaan di hospital, kecuali ada yang dinyatakan
✓ Barang-barang pelangan yang hilang sepanjang perjalanan akibat kecuaian pelanggan
✓ Lebihan bagasi
✓ Dobi
✓ Penggunaan telefon hotel untuk kegunaan peribadi
✓ Makan & Minum yang tidak dinyatakan didalam pakej
✓ Lawatan yang tidak dinyatakan didalam pakej
✓ Upah mengangkat barang di lapangan terbang atau hotel
✓ Semua perkara yang tidak dinyatakan didalam pakej
Tawfir Travel & Tours SDN BHD berhak untuk membatalkan tempahan pelanggan sekiranya
mendapati pelanggan tersebut membahayakan kesihatan atau keselamatan atau mengurangkan
keselesaan dan keseronokkan para pelanggan yang lain di dalam pakej tersebut.
Tawfir Travel & Tours SDN BHD dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab (didalam kapasiti
syarikat) bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan dan makanan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam pakej.
Para pelanggan Tawfir Travel & Tours SDN BHD digalakkan untuk membeli insurans untuk
melindungi diri daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan
bagasi.
Sebarang pembayaran balik, (jika berkenaan) akan diproses dan di bayar dalam tempoh 90 hari dari
tarikh penerimaan boring pembayaran balik.
Tawfir Travel & Tours Sdn Bhd
Menawarkan pelbagai pakej percutian Muslim dalam dan luar negara dengan harga yang mampu milik dan boleh diubah mengikut citarasa dan bajet pelanggan Tawfir Travel.
Ahad – Khamis : 8.00 pagi – 5:00 petang
Jumaat & Sabtu : Cuti hujung minggu
Cuti umum
The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by tawfirtravel.com and we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
Copyright © 2024 Tawfir Travel Sdn Bhd (1087627-U). All Rights Reserved.
No. Lesen: KPK/LN 7634 / No. Ahli BUMITRA: BM 1471.